ARC BERKAT AGRO FOOD
Aktiviti & Perkembangan Terkini
Ikuti program, lawatan, kursus dan perkembangan terbaru ARC, terus daripada Facebook rasmi kami.Ikuti ARC di Facebook ↗
PENIAGA SELANGOR & KUALA LUMPUR, CARI BEKALAN IKAN KELI? 🐟Ini suasana tuaian ikan keli di ladang ARC. Kalau anda peniaga pasar, pengusaha kedai makan atau katering, jom semak harga dan runding dengan Siti di Pasar Bisik ARC.Beritahu jenis ikan, kuantiti dan lokasi anda untuk kami semak.👉 bisik.arc.com.my#PasarBisikARC #IkanKeli #PembekalIkan #Selangor #KualaLumpur
BERAPA HARGA IKAN KELI HARI INI? 🐟Ini suasana tuaian ikan keli di ladang ARC. Yang dalam video ni memang ikan keli kami! 😊Kalau anda sedang cari ikan keli, ikan tilapia atau benih ikan keli, jom semak harga semasa dengan kami dulu.Klik Pasar Bisik ARC dan terus borak dengan Siti. Beritahu saja apa yang anda cari dan kuantiti yang diperlukan.👉 Jom cek harga dengan Siti:bisik.arc.com.my/Peniaga, pengusaha restoran, penternak atau sesiapa yang sedang cari ikan — jemput singgah tanya dulu. 😊Ada kawan yang berniaga ikan, ada restoran atau sedang cari benih keli? 🐟Kongsikan video ini dengan mereka. Mana tahu, mereka pun sedang mencari bekalan!#pasarbisikarc #ikankeli #ikantilapia #benihikankeli #ladangarc
19 NOVEMBER 2026 | SUNGAI BULOHLAWATAN TEKNIKAL JABATAN PERIKANAN JOHORARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi Jabatan Perikanan Negeri Johor bersempena dengan Program Peningkatan Kapasiti dan Pendedahan Teknologi Terkini kepada Pengusaha Akuakultur dan Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Johor.Lawatan sambil belajar ini melibatkan seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan jabatan serta pengusaha akuakultur. Program ini bertujuan untuk menimba ilmu, berkongsi amalan terbaik serta memberikan pendedahan mengenai kemajuan teknologi akuakultur moden, dengan tumpuan kepada aspek teknologi, pengurusan operasi dan kelestarian industri.Kunjungan ke ARC menjadi platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman industri bagi memperluas pemahaman peserta mengenai pengurusan akuakultur secara komersial. Pertukaran pandangan antara pihak jabatan, pengusaha dan pemain industri juga dapat membuka ruang kerjasama dalam meningkatkan kecekapan operasi serta daya saing sektor akuakultur tempatan.Pihak ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. komited dalam menyokong usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia untuk memperkasa pengusaha akuakultur, menggalakkan penggunaan teknologi serta memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Johor atas kepercayaan yang diberikan kepada ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. sebagai salah satu destinasi lawatan bagi program ini. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada para peserta dan mengeratkan kerjasama demi kemajuan industri akuakultur negara.#ARCBerkatAgroFood #JabatanPerikananJohor #jabatanperikananmalaysia #KPKM #teknologiakuakultur #akuakulturmampan #KeterjaminanMakanan #MalaysiaMadani
Nak cek harga ikan keli atau tilapia merah? 🐟Sebelum buat pembelian, jom tanya Siti dulu. Beritahu ikan yang diperlukan, berapa kilogram dan bila nak ambil atau terima—Siti akan bantu semak tawaran untuk anda.Sesuai untuk peniaga, kedai makan, katering dan juga pembelian sendiri.👉 Borak dengan Siti di sini:bisik.arc.com.my/Anda bisik, kami layan.
🐟💙 PENTERNAK IKAN KELI, BERITA BAIK UNTUK ANDA!✨ ARC BERKAT AGRO FOOD SDN. BHD. kini membuka tempahan benih ikan keli!🐟 Saiz Benih: 2–3.5 inci📍 Lokasi Stok: Sungai Buloh, Selangor✅ Stok tersedia untuk tempahan📦 Tempahan mengikut kuantiti yang diperlukanSama ada anda penternak baharu mahupun pengusaha kolam sedia ada, jom dapatkan bekalan benih ikan keli bersama ARC!🔥 NAK TAHU HARGA? JOM RUNDING DENGAN KAMI!🌐 Layari PASAR BISIK ARC:bisik.arc.com.my💬 Buat tempahan atau runding harga melalui platform Pasar Bisik ARC mengikut kuantiti yang anda perlukan!💙 Ingat benih ikan keli, ingat A-R-C!#benihikankeli #benihkeli #penternakanikankeli #PenternakMalaysia #akuakulturmalaysia #pasarbisikarc #sungaibuloh #ARCBerkatAgroFood
Cari bekalan keli & tilapia? 🐟 bisik.arc.com.myPeniaga kedai makan, pasar atau katering — kini boleh bertanya tentang bekalan ikan melalui Pasar Bisik ARC.Beritahu Siti jenis ikan, kuantiti dan kawasan anda untuk semak dan berbincang. Tekan pautan di atas untuk mula berbual.
21 – 22 OKTOBER 2026 | RAWANGPROGRAM PENGUKUHAN DAN TRANSFORMASI MINDA KUMPULAN SASAR DAERAH HULU SELANGOR, GOMBAK DAN PETALING SIRI 1 TAHUN 2026ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. amat berbesar hati menerima kunjungan pihak Jabatan Perikanan Malaysia serta para peserta bersempena dengan Program Pengukuhan dan Transformasi Minda Kumpulan Sasar Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling Siri 1 Tahun 2026.Program anjuran Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta memberikan pendedahan kepada kumpulan sasar mengenai perkembangan industri perikanan, khususnya dalam bidang industri hiliran dan teknologi pembungkusan produk perikanan.Antara pengisian utama program ialah taklimat Program myKomuniti Perikanan (myKP) dan myAP, pengenalan industri hiliran sektor perikanan serta pengenalan teknologi pembungkusan produk perikanan. Perkongsian ini memberikan peluang kepada para peserta untuk menambah pengetahuan mengenai potensi pembangunan produk, pemprosesan serta kepentingan pembungkusan dalam meningkatkan nilai dan kebolehpasaran hasil perikanan.Pihak ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. komited dalam memberikan sokongan terhadap inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia bagi memperkasa kumpulan sasar, menggalakkan pembangunan usahawan perikanan yang berdaya saing serta memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling atas kepercayaan yang diberikan kepada ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. sebagai lokasi penganjuran program ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan demi kemajuan industri perikanan negara.#ARCBerkatAgroFood #jabatanperikananmalaysia #KPKM #transformasiminda2026 #IndustriPerikanan #akuakulturmampan #KeterjaminanMakanan #MalaysiaMadani
Kandungan ini tidak tersedia sekarang
Apabila ini berlaku, biasanya kerana pemiliknya hanya berkongsi dengan sekelompok kecil orang, menukar siapa yang dapat melihatnya atau telah dipadamkan.












