SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ARC

Aquaculture Resource Centre (ARC) adalah sebuah syarikat pengeluar benih ikan air tawar khususnya benih Ikan Keli dan Tilapia. Ditubuhkan pada Tahun 2008 dengan hasrat dapat memajukan sektor akuakultur dan menjadi penerus kepada sumber perikanan komersial. ARC menjalankan aktiviti ternakan ikan Keli di kolam Sungai Garing dan kolam di Sungai Lui bagi ternakan Tilapia manakala kolam utama ARC di Sungai Buloh merupakan tempat jualan hasil ternakan perikanan dan kolam untuk kuarantin benih ikan sebelum dijual kepada pelanggan. Antara aktiviti-aktiviti harian ARC adalah membekalkan Benih Ikan dan penghantaran Ikan Keli Siap Siang ke restoran-restoran dan tempahan daripada individu. ARC sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke kolam utama kami di Sungai Buloh, Selangor. Sila hubungi pihak syarikat ditalian 0193576236 untuk temujanji.

Seminar Farmers Day 2011
MAHA 2010
Seminar Akuakultur Negeri Selangor
Proses Pembenihan Ikan Keli ARC