ARC BERKAT AGRO FOOD
Aktiviti & Perkembangan Terkini
Ikuti program, lawatan, kursus dan perkembangan terbaru ARC, terus daripada Facebook rasmi kami.Ikuti ARC di Facebook ↗
21 – 22 OKTOBER 2026 | RAWANGPROGRAM PENGUKUHAN DAN TRANSFORMASI MINDA KUMPULAN SASAR DAERAH HULU SELANGOR, GOMBAK DAN PETALING SIRI 1 TAHUN 2026ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. amat berbesar hati menerima kunjungan pihak Jabatan Perikanan Malaysia serta para peserta bersempena dengan Program Pengukuhan dan Transformasi Minda Kumpulan Sasar Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling Siri 1 Tahun 2026.Program anjuran Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta memberikan pendedahan kepada kumpulan sasar mengenai perkembangan industri perikanan, khususnya dalam bidang industri hiliran dan teknologi pembungkusan produk perikanan.Antara pengisian utama program ialah taklimat Program myKomuniti Perikanan (myKP) dan myAP, pengenalan industri hiliran sektor perikanan serta pengenalan teknologi pembungkusan produk perikanan. Perkongsian ini memberikan peluang kepada para peserta untuk menambah pengetahuan mengenai potensi pembangunan produk, pemprosesan serta kepentingan pembungkusan dalam meningkatkan nilai dan kebolehpasaran hasil perikanan.Pihak ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. komited dalam memberikan sokongan terhadap inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia bagi memperkasa kumpulan sasar, menggalakkan pembangunan usahawan perikanan yang berdaya saing serta memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling atas kepercayaan yang diberikan kepada ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. sebagai lokasi penganjuran program ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan demi kemajuan industri perikanan negara.#ARCBerkatAgroFood #jabatanperikananmalaysia #KPKM #transformasiminda2026 #IndustriPerikanan #akuakulturmampan #KeterjaminanMakanan #MalaysiaMadani
Kandungan ini tidak tersedia sekarang
Apabila ini berlaku, biasanya kerana pemiliknya hanya berkongsi dengan sekelompok kecil orang, menukar siapa yang dapat melihatnya atau telah dipadamkan.
ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Dato’ Haji Rashidi bin Zinol, EXCO Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan Negeri Pulau Pinang bersama YBrs. Puan Azimah binti Jumatli, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang serta delegasi Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang ke Ladang Pembenihan dan Ternakan Ikan Air Tawar ARC pada 10 September 2026.Turut hadir menyambut kunjungan delegasi ialah YBrs. Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Perikanan Negeri Selangor.Kunjungan ini memberi peluang kepada pihak ARC untuk berkongsi mengenai operasi pembenihan dan ternakan ikan air tawar serta perkembangan aktiviti akuakultur yang dijalankan.Pihak ARC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Haji Rashidi bin Zinol serta seluruh delegasi atas kesudian meluangkan masa mengadakan lawatan ke ladang kami.#ARCBerkatAgroFood #Akuakultur #Perikanan #Agroteknologi #KeterjaminanMakanan
🌱 SOROTAN MAHA 2026 🇲🇾Kenangan, pengalaman dan momen bermakna sepanjang MAHA 2026.Sepanjang penganjuran Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2026, ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. berpeluang menjadi sebahagian daripada himpunan pemain industri agromakanan yang bersama-sama mengetengahkan inovasi, produk dan potensi sektor pertanian negara.Pelbagai aktiviti, kunjungan serta interaksi bersama para pengunjung, pemain industri dan rakan strategik telah mewarnai perjalanan ARC sepanjang MAHA 2026.Antara momen yang menjadi sorotan termasuk kunjungan tetamu kehormat dan pemimpin negara, sesi libat urus bersama pengunjung, pengenalan produk serta penyertaan dalam pelbagai aktiviti sepanjang berlangsungnya pameran.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong serta menjayakan penyertaan ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. di MAHA 2026.MAHA 2026 mungkin telah melabuhkan tirainya, namun semangat untuk terus memperkasa sektor agromakanan, memperluas jaringan industri dan menyumbang kepada keterjaminan makanan negara akan terus menjadi keutamaan.📸 Jom imbas kembali momen-momen sepanjang MAHA 2026 bersama ARC!MAHA 2026 | Memacu Transformasi Agromakanan Negara 🇲🇾🌱#MAHA2026 #SorotanMAHA2026 #ARCBerkatAgroFood #Agromakanan #KeterjaminanMakanan #PertanianMalaysia #MAEPS #Malaysia
🌱 HARI TERAKHIR MAHA 2026 🇲🇾6 September 2026 | MAEPS, SerdangTirai Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2026 kini melabuhkan tirainya setelah berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat serta pemain industri.Sepanjang penganjuran MAHA 2026, ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. berkesempatan untuk memperkenalkan produk dan inisiatif syarikat, di samping menjalinkan hubungan serta memperkukuh jaringan bersama rakan strategik, pemain industri, agensi kerajaan dan para pengunjung.Penyertaan ini turut menjadi platform bagi ARC untuk terus mendekati masyarakat dan bersama-sama menyokong usaha memperkasa sektor agromakanan serta memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa untuk singgah ke booth ARC, serta kepada seluruh pihak yang telah memberikan sokongan sepanjang MAHA 2026.Terima kasih, MAHA 2026.Semoga segala jaringan, pengalaman dan peluang yang terjalin sepanjang penganjuran ini terus menjadi pemangkin kepada perkembangan industri agromakanan yang lebih progresif dan mampan.🌱 Bersama Memperkasa Agro, Menjamin Masa Depan.#MAHA2026 #HariTerakhirMAHA2026 #ARCBerkatAgroFood #Agromakanan #KeterjaminanMakanan #PertanianMalaysia #MAEPS #Malaysia
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MAHA 20266 September 2026 | MAEPS, SerdangARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. berbesar hati menjadi sebahagian daripada Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2026, yang melabuhkan tirainya hari ini menerusi Majlis Perasmian Penutupan MAHA 2026 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10.Penganjuran MAHA 2026 menjadi wadah penting dalam mengetengahkan potensi serta inovasi sektor agromakanan negara, di samping memperkukuh jaringan antara pemain industri, usahawan, agensi kerajaan dan masyarakat.Sepanjang MAHA 2026, ARC berpeluang memperkenalkan produk, inisiatif serta usaha syarikat dalam menyokong pembangunan sektor agromakanan dan keterjaminan makanan negara.Terima kasih kepada semua pihak yang telah mengunjungi booth ARC, memberikan sokongan serta menjadi sebahagian daripada perjalanan kami sepanjang MAHA 2026.Semoga MAHA 2026 terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri agromakanan yang lebih inovatif, berdaya saing dan mampan.ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd.Bersama Memperkasa Agro, Menjamin Masa Depan. 🌱🇲🇾#MAHA2026 #MAHA #ARCBerkatAgroFood #Agromakanan #KeterjaminanMakanan #PertanianMalaysia #Malaysia
Hari ke-9 di MAHA bersama ARC Berkat Agro Food. Terima kasih kepada semua yang singgah dan memeriahkan booth kami hari ini!Belum sempat singgah? Jom datang ke booth ARC Berkat Agro Food di MAHA 2026. Kami tunggu anda!📍 MAEPS Serdang📅 28 Ogos – 6 September 2026#MAHA2026 #ARCBerkatAgroFood #maepsserdang
ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. amat berbesar hati menerima kunjungan YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke ruang pameran ARC di Laman Smart Farming, MAEPS Serdang.Kunjungan ini merupakan satu penghargaan yang bermakna buat ARC Berkat Agro Food serta mencerminkan sokongan terhadap usaha dan pembangunan sektor agromakanan negara.Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu atas kesudian meluangkan masa untuk berkunjung ke ruang pameran ARC.📍 Laman Smart Farming, MAEPS Serdang📅 MAHA 2026#MAHA2026 #ARCBerkatAgroFood #lamansmartfarming #maepsserdang #agrofood
ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. amat berbesar hati menerima kunjungan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke ruang pameran ARC di Laman Smart Farming, MAEPS Serdang bersempena MAHA 2026. Kunjungan ini merupakan satu penghargaan yang bermakna buat ARC Berkat Agro Food serta mencerminkan sokongan terhadap usaha dan pembangunan sektor agromakanan negara.Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tun Dr. Mahathir atas kesudian meluangkan masa untuk berkunjung ke ruang pameran ARC.📍 Laman Smart Farming, MAEPS Serdang📅 MAHA 2026#MAHA2026 #ARCBerkatAgroFood #lamansmartfarming #maepsserdang #agrofood
