AKTIVITI ARC
Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism(MAHA) 2010
Serdang-26 November, Pameran pertanian yang terulung di Malaysia iaitu MAHA International 2010 telah berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS) dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Pameran dwitahunan ini telah dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA) dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pameran terbesar dan paling konprehensif di rantau ini dan juga di rantau Asia telah berlangsung selama 10 hari iaitu dari 26 November sehingga 5 Disember dan disertai oleh 950 jabatan dan agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana yang menampilkan teknologi terkini dengan demonstrasi dimana para pengunjung dapat menyaksikan cara penyelesaian dan perkhidmatan bagi bidang Agriculture, Hortikultur dan juga bidang Agro-Pelancongan. Pameran MAHA 2010 pada kali ini mencatatkan rekod baru apabila menerima 2.66 juta pengunjung dan turut disertai oleh 28 buah negara Asean dengan tema MAHA Antarabangsa 2010 "Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan".