PROFILE ARC
Aquaculture Resource Centre(ARC) adalah sebuah syarikat pengeluar benih ikan air tawar yang ditubuhkan hasil gabungan daripada 4 individu yang berpengalaman di dalam industri akuakultur. Dengan berpandukan kepada pengalaman menghasilkan benih ikan selama 17 tahun, ARC mampu menghasilkan benih ikan yang berkualiti pada skala yang besar bagi memenuhi permintaan pasaran.
Syarikat ARC yang beroperasi di sungai buloh mempunyai aset 24 kolam konkrit bagi tujuan asuhan benih ikan. Bagi proses pembenihan ikan pula, ARC menjalankan operasi di Sungai Tengi dengan keluasan tanah sebanyak 5 ekar yang terdiri daripada kolam tanah.
Aquaculture Resource Centre(ARC) sebagai pusat pembenihan ikan air tawar telah menfokuskan penghasilan benih ikan kepada benih ikan keli, puyu dan tilapia yang mendapat permintaan pasaran yang tinggi. Dalam masa yang sama, ARC juga ada menghasilkan benih ikan air tawar yang lain bagi memenuhi permintaan pelanggan dalam kuantiti 100,000 ekor dan keatas. Sebarang usahasama dengan syarikat ARC adalah sangat dialu-alukan oleh pihak kami.