INFORMASI AKUAKULTUR
Pengurusan Makanan Ikan
Tujuan pemakanan ikan dalam akuakultur:
  • Pembesaran ikan
  • Pembiakan ikan dan;
  • Kesihatan
Kebaikan makanan rumusan(bentuk pelet):
  • Praktikal dan mudah diaplikasi secara terus pada ternakan
  • Kandungan Nutrisi yang optimum untuk ternakan
  • Kurang pembaziran
  • Tidak menjejaskan kualiti air
  • Lebih bersih/higenik(berbanding sisa ternakan seperti ayam dll.)
  • Merendahkan risiko kehadiran penyakit
  • Perancangan operasi(segi kos & masa tuaian) serta tahap keberkesanan makanan dapat ditentukan
  • Status semasa ternakan mudah ditentukan(kesihatan,bilangan,saiz)
Perancangan berkesan pemberian makan:
  • Keperluan zat makanan ikan
  • Saiz makanan
  • Waktu dan tempat memberi makan
  • Nisbah Penukaran Makanan(FCR)
  • Kadar pemberian makanan
  • Penyelarasan semasa kadar pemberian makanan
  • Kekerapan pemberian makanan
  • Teknik pemberian makanan
  • Waktu tuaian
Keperluan zat makanan ikan:
  • Zat-zat yang lengkap dan sesuai amat penting bagi tujuan pembesaran ikan secara berkesan & ekonomik
  • Zat penting adalah protin, lemak, mineral dan vitamin
  • Keperluan zat berpandukan pada faktor:
  • -tabiat pemakanan(karnivor,omnivor atau herbivor)
    -umur/saiz ternakan
  • Amnya, keperluan zat bagi pembesaran ikan omnivor(keli, tilapia dan patin)seperti berikut:
  • protin(30-34%), lemak(5-7%), serat(3-8%),
    vitamin(0.2-3%), mineral(0.2-3%)
Tabiat pemakanan ikan air tawar
Tabiat semulajadi pemakanan ikan dapat dikelaskan kepada 4 kategori utama iaitu:
  • Herbivor(maun) - kap rumput, lampam
  • Karnivor(maging) - haruan, baung
  • Omnivor(maserba) - keli,tilapia,patin
  • Pemakan detritus - puyu, rohu
*Contoh Garis panduan keperluan zat makanan ikan Tilapia
Berat(g)
0-0.5
0.5-10.0
10.0-60
60-150
150++
Induk
Protin
50%
35-40%
34%
32%
28-32%
34%
Lemak
10-12%
8-10%
6-8%
6%
5-6%
6%
Saiz makanan:
  • Penting untuk pemakanan ikan
  • Saiz palet berdasarkan saiz bukaan mulut ikan
  • Saiz bertambah mengikut saiz dan umur ikan
*Contoh Garis panduan saiz makanan Ikan Tilapia
Saiz Ikan(g)
0-3
3-10
10-25
25-40
40-100
100++
Saiz diameter makanan(mm)
0.1-0.2
0.2-0.5
0.5-1.0
1.0
1.0-2.0
2.0-4.0
Waktu dan tempat memberi makan:
  • Sentiasa beri makan pada waktu dan tempat yang sama
  • Ikan dapat dilatih untuk makan pada waktu dan tempat yang sama setiap hari
  • Waktu terbaik antara jam 9 pagi hingga 6 petang
  • Selang jarak antara waktu pemberian makanan adalah 4 atau 5 jam
  • Tempat terbaik pemberian makanan adalah di kawasan air masuk kolam/oksigen tinggi
  • Kebaikan amalan ini ialah:
  • -Elak Pembaziran
    -Aktiviti penghadaman dan metabolisma terbaik(kandungan oksigen tinggi)
    -Dapat memantau tahap kesihatan / bilangan kasar ikan
    -Memudahkan kerja penyempelan atau penuaian kelak
  • Tindakan sekiranya berlaku perubahan cuaca ketara(hujan,kemarau)
  • -beri secara sedikit dahulu makanan & perhatikan aktiviti ikan
    -henti beri makanan sekiranya makanan tidak habis dalam jangkamasa 20 minit
    -cuba beri makanan semula untuk jadual waktu makanan berikutnya
Kadar pemberian makanan:
  • Secara amnya, kadar pemberian makanan kepada ikan adalah seperti jadual berikut:
Berat Ikan(g)
Kadar makan harian (% dari berat ikan)
7-50
12.0-6.0
51-100
5.5-5.0
100-150
4.0
151-250
3.0-2.5
Melebihi 250
2.0-1.5
Penyelarasan kadar pemberian makanan
  • Memastikan keperluan makanan harian ikan mencukupi
  • Keperluan makanan harian semakin meningkat mengikut pembesaran ikan
  • Perlu menjalani penyampelan saiz berat ikan setiap 2 minggu (sekurangnya 50 ekor)
  • Tingkatkan antara 10 hingga 15% makanan antara tempoh penyampelan(setiap minggu)
  • Penyelarasan kadar pemberian makanan juga dipengaruhi oleh tahap kesihatan ikan
Kaedah penyelarasan makanan ikan
  1. Timbang 50 ekor ikan dan dapat berat purata ikan(setiap 2 minggu)
  2. Purata berat ikan didarab anggaran bilangan ikan dalam kolam
  3. Guna jadual kadar pemberian makanan sebagai had tanda aras
  4. Dari jadual, ikut kesesuaian saiz dan keperluan makanan harian
  5. Kira keperluan makanan berdasar jumlah berat ikan dalam kolam & darabkan dengan kadar pemberian makanan.
  6. Setiap 7 hari antara penyampelan, tingkatkan keperluan makanan harian sebanyak 10-15%
  7. Bahagikan keperluan makanan harian kepada 3 bahagian
Kekerapan memberi makan
  • Disyorkan pemberian 3 kali sehari
  • Selang masa 4-5 jam sekali
  • Berdasarkan kekosongan perut(dipengaruhi faktor suhu, berat ikan, komposisi makanan & kekerapan makan)
  • Kebaikan:
  • -Mengelakkan terlebih makan satu-satu masa
    -Proses penghadaman yang lebih baik
    -Tidak wujud dominasi memakan
Teknik pemberian makanan
  • Pemberian makanan secara bertebar pada tempat yang sama untuk elak dominasi
  • Pastikan ikan habis makan dalam masa 20 minit (dalam kolam) untuk elak penurunan kualiti air
  • Buang lebihan makanan dalam kolam
  • Beberapa kaedah pemberian makanan:
  • -Tangan - kolam kecil,tangki,sangkar
    -Alat 'blower' - kolam besar
    -'Demand feeder'
Waktu tuaian
  • Hentikan pemberian makanan 24 hingga 48 jam sebelum tuaian
  • Mengosongkan perut dan usus ikan
  • Kebaikan:
  • -Mengurangkan najis ikan semasa proses pemindahan(untuk ikan hidup)
Pastikan...
  • Beri makan pada masa & tempat yang sama
  • Jangan beri makan lebih pada ikan
  • Kandungan zat & saiz makanan sesuai pada ikan
  • Kurangkan atau henti beri makan pada ikan bila ikan stress/lemah atau kualiti air rendah(oksigen rendah) atau perubahan suhu ketara
  • Simpan rekod makanan, kematian ikan dan lain-lain
  • Kualiti air sentiasa terkawal
  • Simpanan makanan ikan terkawal
  • Henti beri makan 24-48 jam sebelum tuai